"Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran ... " (Al Maaidah : 2).
Untuk renungan, sama-samalah kita baca terjemahan ayat dan hadith di bawah ini:
Orang-orang yang menunaikan solat mereka dalam keadaan kelam-kabut akan hilang penghayatan dan khusyuk mereka. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai pencuri. Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri dari solat mereka".
Maka sahabat pun bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri dari solat mereka?"
Maka Rasulullah menjawab: "Mereka yang tidak sempurna ruku' dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas)". (Riwayat Ahamad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)
Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaa'i, Rasulullah melarang dari solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. Dalam hadith yang lain Rasulullah juga bersabda:
"Allah tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara ruku' dan sujud." - Hadith riwayat Thabrani.
Maka marilah kita mengerjakan solat kita dalam khusyuk, tenang dan tanpa kelam-kabut agar solat kita tidak menjadi sia-sia dan agar kita dapat meraih fadhilat-fadhilat dan anugerah-anugerah yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.
Tuesday, October 19, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment